Sistem Pengurusan e-Kontrak
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, ARAS 10, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Tel : 07-254 7777 | Faks : 07-251 5260
Emel : bpk@mppg.gov.my
Menu
Masuk

Laman Rasmi
Iklan Sebut Harga/Tender
Keputusan Sebut Harga/Tender
Senarai Pemohon Sebut Harga/Tender
Manual Pengguna
Manual Pengguna e-Payment
Borang Pendaftaran

Maklumat Sebutharga






Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong bertaraf BUMIPUTERA dalam kelas CIDB (G4 M15 / G4 M19) ATAU MOF (221002 / 221010) & SPAN (IPA D/ IPA E) yang dinyatakan dan berdaftar di bawah tajuk / kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-


BIL
JENIS KERJA
BILANGAN TAWARAN
GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN
HARGA DOKUMEN (RM)
1.KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LOJI KUMBAHAN JALAN SEMBILANG DI TAMAN PASIR PUTIH, PASIR GUDANGMPPG/T50/2017/BPK/JKEJ CIDB (G4 M15 / G4 M19) ATAU MOF (221002 / 221010) & SPAN (IPA D/ IPA E)300.00

Dokumen tawaran boleh didapati mulai 13/09/2017 (RABU) hingga 03/10/2017 (SELASA) pada waktu pejabat di Kaunter Bayaran, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos atau Kiriman Wang dibuat atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. Bayaran secara tunai juga akan diterima.

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 08/10/2017 (AHAD) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"GEMILANG, LESTARI, SEJAHTERA"




(HASRIN KAMAL BIN HASHIM)


Tawaran ini juga dipamerkan di papan kenyataan sebagaimana berikut:

  1. Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru
  2. Pejabat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
  3. Pejabat Daerah Johor Bahru
  4. Pejabat Jurutera Daerah JKR (D) Johor Bahru

Tarikh Iklan: 09/09/2017


Kembali
Cetak
HAK CIPTA TERPELIHARA
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK MPPG
SISTEM PENGURUSAN E-KONTRAK (SPeK)© 2014
Anda pelawat ke: